HURAIKAN TENTANG PENGERTIAN DAN KONSEP AKIDAH ISLAMMIYAH
NAMA PENSYARAH : PUAN ZALEHA
NAMA PELAJAR : MUHAMMAD SHARIF IQBAL BIN WAHAB (T01SAU25F044)
NAMA PELAJAR : MUHAMMAD ARIFF ALIMI BIN ABDULLAH (T01SAU25F017)
NAMA PELAJAR : MUHAMMAD ATMA AQID BIN KARIYA SANI (T01SAU25F063)
NAMA PELAJAR : AHMAD SHAHRUL HAIQAL BIN RAMLI (T01SAU25F015)
PENDAHULUAN
Akidah islammiyah adalah kehidupan seseorang muslim kerana ia akan menjadi teras kepada keimanan,pemikiran,dan amalan seseorang itu.Perkataan akidah berasal daripada bahasa Arab al-aqd yang membawa maksud pegangan.
Konsep akidah islammiyah pula ialah berteraskan keimanan kepada Allah SWT,malaikat ,kitab-kitab ,rasul,hari akhirat serta qada' dan qadar.Keenam-enam rukun iman ini menjadi dasar sebagai pembentukan keperibadian seorang muslim yang seimbang dari segi rohani,akhlak dan tingkah laku.
HURAIAN
Akidah islamiyyah pula ialah kepercayaan dan pegangan umat islam terhadap Allah dan segala perkara yang berkaitan dengan keimanan , sebagaimana yang diajarkan oleh al-Quran dan as Sunnah.Segala ibadah , amalan dan akhlak seseorang muslim berpunca daripada akidah yang diyakini.Sekiranya akidah seseorang itu benar dan mantap , maka amalannya akan diterima dan kehidupannya akan selari dengan tuntutan syariat. Kepentingan akidah islamiyyah ialah menjadi asas keimanan dan ibadah seseorang muslim , membentuk akhlak dan peribadi yang mulia , memberi ketenangan jiwa dan keyakinan hidup , menjadi panduan dalam membuat keputusan dan menghadapi ujian. KESAN TIDAK MENGAMALKAN AKIDAH ISLAMMIYAH 1.Lemah keimanan dan mudah terpengaruh -individu yang tidak mengamalkan akidah islammiyah akan mempunyai iman yang lemah dan mudah terpengaruh dengan fahaman sesat , ideologi asing serta perkara yang bercanggah dengan ajaran islam.
2.Mendapat balasan buruk di akhirat -kegagalan mengamalkan akidah islammiyah akidah islammiyah boleh membawa kepada azab Allah SWT di akhirat kerana mengingkari tanggungjawab sebagai hamba-Nya.
3.Ibadah tidak sempurna atau ditinggalkan -tanpa akidah yang kukuh , ibadah dilakukan secara sambil lewa atau ditinggalkan kerana tiada kesedaran dan keikhlasan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT.
RUKUN IMAN
Akidah islammiyah mengandungi enam rukun iman iaitu :
>Beriman kepada Allah
>Beriman kepada Malaikat
>Berimankepada Kitab
>Beriman kepada Rasul
>Beriman kepada hari akhirat
>Beriman kepada Qada dan Qadar
KELEBIHAN JIKA MENGAMALKAN AKIDAH ISLAMMIYAH
Kelebihan-kelebihan mengamalkan akidah islammiyah sangat besar kerana ia menjadi asas keimanan dan pegangan hidup seorang muslim.Selain itu akidah islammiyah menjadikan seseorang yakin sepenuhnya kepada Allah , malaikat , kitab , rasul , hari akhirat dan qada serta qadar.Seterusnya akidah yang kukuh mendorong seseorang berkelakuan baik seperti jujur , amanah , sabar , ikhlas dan bertanggungjawab kerana sedar semua perbuatan manusia diperhatikan oleh Allah.Akhir sekali akidah islammiyah yang benar menjadi asas kepada diterimanya amalan dan membawa kepada kejayaan serta kebahagiaan yang kekal di akhirat.
CARA-CARA MENGAMALKAN AKIDAH ISLAMMIYAH
1. Mempelajari ilmu akidah daripada sumber yang sahih
-Membaca dan merujuk al-Quran , hadis dan kitab akidah yang diiktiraf oleh ulama.
2. Berguru dengan ustaz atau guru agama yang berkelayakan
Bertanya dan belajar secara langsung supaya tidak tersalah faham dalam perkara akidah.
3. Membaca buku dan bahan ilmiah berkaitan akidah Islamiyah
Memperluas ilmu melalui pembacaan buku, artikel dan majalah Islam yang berautoriti.
4. Menggunakan media digital secara berhemah
Menonton ceramah, mendengar kuliah atau mengikuti saluran dakwah yang dipercayai di media sosial.
KESIMPULAN AKIDAH ISLAMMIYAH
Akidah Islamiah merupakan asas utama dalam kehidupan seorang Muslim yang membentuk keimanan, pemikiran dan amalan. Akidah yang benar akan melahirkan keyakinan yang teguh kepada Allah SWT, memandu akhlak yang mulia serta mendorong ketaatan dalam setiap perintah-Nya. Selepas itu, penghayatan akidah Islamiah perlu dipelihara dan diperkukuhkan agar kehidupan sentiasa berada di landasan yang diredai Allah SWT.
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3
SUMBER :
https://www.google.com/search?q=pengertian+dan+konsep+akidah+islam&rlz=1C1ONGR_enMY1122MY1122&oq=PENGERTIAN+DAN+KONSEP+AK&gs_lcrp=EgZjaHJvbWUqCggDEAAYExgWGB4yBggAEEUYOTILCAEQABgNGBMYgAQyCggCEAAYExgWGB4yCggDEAAYExgWGB4yCggEEAAYExgWGB4yCggFEAAYExgWGB4yCggGEAAYExgWGB4yCggHEAAYExgWGB4yCggIEAAYExgWGB4yDAgJEAAYChgTGBYYHtIBCjIwNjIzajBqMTWoAgywAgHxBXq0JKlxEFOG&sourceid=chrome&ie=UTF-8
Comments
Post a Comment